TIGA SEKELUARGA DARI MUADZAM SHAH NEGATIF COVID-19

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 4 Mac 2020 – Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah mengesahkan Negeri Pahang bebas daripada Covid-19 berikutan laporan yang tular di media sosial berhubung tiga kes melibatkan tiga sekeluarga dari Muadzam Shah, Rompin.

Ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) pagi tadi, beliau mengesahkan kes ke-25 dan 26 yang melibatkan anak kepada kes ke-24 adalah negatif.

“Meskipun jumlah ‘Person Under Investigation’ (PUI) meningkat kepada 26 kes, namun kesemuanya disahkan negatif,” katanya.

Kes ke-24 yang berusia 34 tahun merupakan bapa kepada kes ke-25 kini dikuarantin di rumah mereka di Muadzam Shah, Rompin bersama anaknya berusia enam tahun yang merupakan kes ke-25, manakala seorang lagi anaknya merupakan kes ke-26 berusia lapan bulan kini masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Mereka bersama tiga lagi ahli keluarga baru sahaja pulang dari Korea pada minggu lalu sebelum mengalami simptom-simptom demam, batuk dan selsema sehingga dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah

Sehubungan itu, Dato’ Dr. Haji Bahari mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke lima negara yang kini berada pada tahap kritikal Covid-19 iaitu China, Korea, Jepun, Itali dan Iran.

Mereka yang baharu pulang daripada lima negara tersebut akan dikuarantin selama 14 hari bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada Covid-19 dan mengelak daripada penyebaran virus tersebut.

Orang ramai yang menghidapi simptom-simptom demam, batuk dan selsema akan diberi pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada penularan Covid-19 di negeri ini.

Sehingga semalam, Covid-19 mencatat 90,944 kes dengan 3,117 kematian melibatkan 71 negara. Malaysia mencatatkan 36 kes setakat ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: