Anggota bomba memadamkan kebakaran tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Batu 8, Kampung Pandan 2 di sini malam tadi.

TIGA RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN

KUANTAN 15 MEI 2020: Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Batu 8, Kampung Pandan 2 di sini malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian jam 10.45 malam itu, kesemua penghuni di tiga buah rumah itu berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran sedang berlaku.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.58 malam berhubung kebakaran itu sebelum dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dan BBP Indera Mahkota bergerak ke lokasi kejadian.

“Jentera pertama sampai dilokasi pada jam 11.09 pagi dari BBP Taman Tas dengan jarak sembilan kilometer. Kekuatan jentera adalah tiga buah jentera manaka keanggotaan seramai 11 pegawai dan 18 anggota,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, kebakaran membabitkan tiga buah rumah jenis separuh kekal dengan rumah mengalami kemusnahan 100 peratus manakala sebuah rumah mengalami kemusnahan pada garaj dan sebuah kereta dianggarkan 1 peratus musnah.

“Bagaimanapun kebakaran ini tidak membabitkan mangsa, kemalangan jiwa atau kecederaan. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download