Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

TIGA PREMIS, SEORANG INDIVIDU DIKOMPAUN LANGGAR PKPP

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 14 OKTOBER 2020: Sebanyak tiga buah premis dan seorang individu dikenakan kompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) dalam pemantauan oleh pihak polis semalam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,440 pemantauan dilakukan meliputi kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini.

“Sebanyak 81 pasukan pemantau melakukan pemantauan di premis perniagaan, kilang, bank, terminal bas dan teksi, serta pasar tani dan pasar awam.

“Selain itu, kita juga turut memantau tempat ibadah, tempat riadah, dan tapak pembinaan serta kenderaan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata, pihak polis memberi tumpuan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak kerajaan.

“Pihak polis menjalankan permantauan dan pemeriksaan di lokasi awam dan tumpuan ramai terhadap pemakaian pelitup separuh muka dan mematuhi penjarakan fizikal.

“Penugasan sekatan jalan raya (SJR) didirikan meliputi sempadan daerah dan negeri. Tindakan kompaun dikenakan terhadap individu yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak polis telah menahan 1,358 individu dan 584 daripadanya telah dituduh di mahkamah sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dijalankan bermula 18 Mac sehingga semalam di negeri ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 56 total views

Please follow and like us:
error
error: