Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Islam Negeri Pahang, YB. Dato. Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan perumahan di Kerdau hari ini.

TIGA PENDUDUK TERIMA BANTUAN PERUMAHAN SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 15 OKTOBER 2020 : Tiga penduduk yang tinggal di dalam kawasan Dewan Negeri (DN) Kerdau menerima bantuan perumahan berjumlah RM80,000 daripada Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Islam Negeri Pahang, YB. Dato. Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, dua daripadanya menerima bantuan rumah manakala seorang lagi penerima menerima bantuan membaiki rumah.

“Alhamdulilah, dua buah rumah tersebut telah disiapkan manakala sebuah rumah dibaiki hasil kerjasama serta gotong-royong daripada kakitangan pejabat DN Kerdau bersama penduduk kampung setempat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Islam Negeri Pahang, YB. Dato. Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad melihat keadaan rumah hasil bantuan perumahan daripada Kerajaan Pahang di Kerdau hari ini.

Katanya, bantuan rumah yang pertama diberikan kepada keluarga Orang Asli di Kampung Paya Sendayan selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran.

“Bantuan rumah kedua pula telah diberikan kepada seorang penerima dari Kampung Batu Sawar, yang sebelum ini tinggal di rumah usang yang serba kekurangan dan tidak selamat.

“Seorang lagi penerima Orang Kelainan Upaya (OKU), telah menerima bantuan memperbaiki rumah di Kampung Desa Baru Purun yang sebelum ini rumahnya mengalami kerosakan teruk,” katanya.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, Kerajaan Pahang menerusi Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sangat komited dalam membantu rakyat khususnya menyediakan rumah yang selesa dan selamat kepada rakyat memerlukan.

Kerajaan Pahang juga menyediakan unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebanyak dua rumah bagi setiap kawasan Dewan Negeri sebagai inisiatif mengatasi masalah perumahan bagi golongan memerlukan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 75 total views

Please follow and like us:
error
error: