Tiga laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan Global (OGG), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Persatuan Kebajikan Ukhwah Dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

TIGA LAPORAN POLIS BANTAH ADN TRAS

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Ahmad Sobri Abdul Kadir

KUANTAN, 4 OGOS 2020 : Sebanyak tiga laporan polis dibuat hari ini sebagai membantah tindakan Ahli Dewan Negeri (AND) Tras, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri ini.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan Global (OGG), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Persatuan Kebajikan Ukhwah Dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan Global (OGG), Encik Hamdi Basri berkata, tidak seharusnya menimbulkan kemelut yang boleh memecahbelahkan dan memporak perandakan keadaan sosial masyarakat hari ini.

“Bagi negeri Pahang, kami rasa kesal dan kecewa di atas tindakan ADN Tras walaupun kami yakin ia tidak menggambarkan satu kenyataan daripada keseluruhan kaum Cina.

“Hari ini kita bebas membeli, kita bebas bersosial, kita bebas berpolitik tapi jangan keruhkan keadaan, jangan wujudkan lagi jurang sifat perkauman antara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Encik Muhammad Faiz Hashim.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Encik Muhammad Faiz Hashim menyifatkan tindakan ADN dari parti DAP itu seolah-seolah tidak faham titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang sendiri yang mahu tulisan Jawi diperkasakan di Pahang.

Katanya, orang Melayu tidak mengganggu-gugat bangsa lain dan mereka duduk Malaysia dengan kepelbagaian kaum dan budaya sepatutnya saling menghormati di antara satu sama lain.

“Jelas bahawa YB ADN Tras ini merupakan seorang yang rasis. Kalau tak tahu adat resam, tak tahu budaya awak tidak layak jadi YB untuk negeri Pahang ini. Budaya tulisan jawi bukan hari ini sahaja…benda ni dah berpuluh-puluh tahun. Sekarang ini orang Melayu Islam sedang mempertahankan adat resam dan tradisi yang ada, serupa juga dengan bangsa lain yang bebas mengamalkan adat resam, budaya, tulisan dan sebagainya.

“Tengok sahaja masyarakat berbilang kaum di Terengganu dan Kelantan, tiadak ada isu pun pasal tulisan jawi. Kenapa tulisan jawi ‘Halal’ boleh digunapakai selama ini, kenapa tak nak haramkan itu sekali? Jangan jadikan tulisan jawi ini sebagai satu isu. Jadi, tolonglah faham budaya masyarakat berbilang kaum dalam Malaysia ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: