Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Ramli Dato' Mohd Nor menyempurnakan gimik perasmian pecah tanah di tapak projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) daerah Cameron Highlands di Kampung Menson, hari ini.

TIGA KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS TERIMA RUMAH RRP

Oleh: Fairus Mohd

CAMERON HIGHLANDS, 14 SEPTEMBER 2020: Sebanyak tiga buah Rumah Rakyat Pahang (RRP) di bawah Parlimen Cameron Highlands akan dibina bermula minggu ini.

Ahli Parlimennya, YB. Ramli Dato’ Mohd Nor berkata, setiap rumah yang bernilai RM65,000 itu dijangka siap menjelang penghujung tahun ini.

“Seramai tiga keluarga daripada Kampung Menson, Kampung Kuala Boh dan Kampung Terakit telah dipilih untuk menerima rumah di bawah projek RRP ini.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Ramli Dato’ Mohd Nor menanam pokok durian Musang King sebagai simbolik projek berkembar RRP dengan satu tanaman.

“Lebih unik, projek RRP ini dikembarkan dengan penanaman sebatang pokok di setiap rumah dan pokok yang dipilih ialah durian jenis Musang King,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat tawarkan dan inden kerja kepada tiga syarikat kontraktor dan gimik perasmian pecah tanah di tapak projek RRP daerah Cameron Highlands di Kampung Menson, di sini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Cameron Highlands, Encik Mohd Zaidi Awang; Pegawai JAKOA Cameron Highlands, Encik Mohd Faisal Mohd Zahir dan Batin Kampung Menson, Encik Zamani Bahtuin.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Ramli Dato’ Mohd Nor (dua, kanan) bersama wakil syarikat kontraktor yang dilantik bagi projek RRP di bawah Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, YB. Ramli berkata, kerajaan negeri melalui wakil rakyat sepertinya sentiasa memikirkan keselesaan hidup masyarakat termasuk kepentingan mereka yang tinggal di luar bandar.

Menurutnya, peruntukan besar seperti kerja-kerja membina dan membaikpulih jalan Ringlet-Lemui dengan anggaran lebih RM9 juta secara dasarnya telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan dijangka peruntukan bagi kerja-kerja dilaksanakan pada tahun depan.

“Selain itu, sebanyak RM1.43 juta telah digunakan pada tahun ini bagi tujuan pembinaan keperluan rumah, infrastruktur dan kemudahan awam seperti gelanggang futsal, tandas, pondok bas, pembekalan dan sebagainya.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Ramli Dato’ Mohd Nor (dua, kanan) diiringi Ketua Penolong Pegawai Daerah Cameron Highlands, Encik Mohd Zaidi Awang (kanan) menyampaikan surat tawaran RRP kepada penduduk Kampung Terakit, Encik Alang Itam, 70 (kiri).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM432,000 telah digunakan bagi pembangunan kawasan masyarakat orang asli dan sudah pasti kerja-kerja yang dilakukan akan diteruskan bagi kesejahteraan rakyat khususnya di bawah Parlimen Cameron Highlands,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download