Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin

TIGA CADANGAN CUTI UNTUK PERKASA PELANCONGAN DOMESTIK

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 9 OKTOBER 2020: Tiga cadangan cuti boleh dilaksanakan untuk memacukan kembali sektor pelancongan negara seterusnya memastikan ia tidak terus lumpuh seperti yang dihadapi sektor pelancongan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, usaha untuk memulihkan sektor pelancongan dalam negara mungkin mengambil masa yang lebih lama berikutan penularan pandemik COVID-19 dilihat masih sukar untuk berakhir.

Katanya, justeru tiga cadangan ini perlu diperhalusi bagi memperkasa lagi aktiviti pelancongan di kalangan rakyat dalam negara.

“Tiga cadangan itu ialah mewujudkan empat giliran kerja yang dapat memberi peluang kepada pekerja bercuti selama tiga hari dalam satu-satu minggu dan bukan hanya tertumpu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja seperti sebelum ini.

“Jika setiap minggu ada rakyat yang bercuti, pastinya merancakkan sektor pelancongan domestik sekaligus membantu pengusaha rumah rehat dan hotel meneruskan perniagaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sungai Pontian di Rompin antara salah satu lokasi pelancongan di Pahang.

Dalam pada itu, cadangan kedua ialah jadual kerja yang boleh digilirkan dan dapat mengubah sistem cuti pada hujung minggu di mana mereka yang tidak bekerja boleh bercuti bersama keluarga pada hari biasa (Isnin hingga Khamis).

“Negara mempunyai kira-kira 15 juta orang pekerja, saya ambil contoh jika 500,000 orang bercuti pada setiap hari, tentunya ia dapat merancakkan sektor pelancongan domestik sekali gus majukan pelancongan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Akhir sekali katanya, musim cuti persekolahan perlu diubah supaya semua sekolah tidak bercuti serentak dan perlu bergilir mengikut negeri iaitu hanya tiga atau empat negeri yang bercuti dalam satu masa.

Katanya, ia penting bagi memastikan tidak berlaku limpahan pelancong sekaligus menyebabkan kesesakkan kerana mereka bercuti pada masa yang sama.

“Saya melihat tiga cadangan ini perlu dilaksanakan ketika ini untuk kita merancakkan sektor pelancongan domestik negara. Jika tidak, aktiviti pelancongan domestik hanya akan tertumpu pada cuti hujung minggu atau hari-hari tertentu sahaja dan lebih parah lagi menyebabkan kesesakan melampau seperti di Cameron Highlands dan Kuala Gandah,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 85 total views

Please follow and like us:
error
error: