Program Bicara Pahang yang dibawakan khas oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) bersama YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

TIADA PELABUR YANG LARI DARI PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 3 JULAI 2020: “Tiada pelabur yang lari… Malah Pahang bakal menerima sekurang-kurangnya empat pelabur yang akan membuat perjanjian dalam tempoh terdekat dengan jumlah pelaburan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion,” itu jelas YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata, walaupun ada dakwaan beberapa pihak kononnya ada pelabur yang lari dari Pahang kerana beberapa isu termasuk isu cukai tanah, namun dakwaan itu tidak benar kerana pelabur tetap datang ke Pahang membuat pelaburan.

“Sebagai contoh sebelum pandemik COVID-19, kita telah berjaya menandatangai perjanjian di Bangkok, Thailand untuk membawa pelabur dari negara itu ke Pahang. Perlu diingat Thailand menggangap Malaysia sebagai pesaing dalam bidang pertanian, tetapi kita berjaya membawa pelabur dari negara itu ke Pahang.

“Ketika ini juga Kerajaan Negeri sedang membuat perundingan dengan beberapa pelabur antaranya dari Hong Kong yang berminat untuk melaburkan dalam penapisan minyak.

“Kita juga sedang berunding dengan satu kilang kertas dari China dan sekarang menyelesaikan isu teknikal sahaja. Kita juga menerima pemohonan dari satu pelaburan dari sebuah syarikat membuat plastik yang boleh musnah sendiri. Sekiranya kesesuaian tanah dapat diselesaikan, kita akan terima pelaburan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) dalam Program Bicara Pahang di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin berkata, sepanjang berunding dengan pelabur-pelabur dari beberapa negara juga, tiada isu cukai tanah yang dibangkitkan oleh mereka.

Sementara itu katanya, walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19, jumlah kutipan hasil negeri sedang mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri telah sasarkan sekurang-kurangnya mendapat kutipan RM800 juta setahun seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan tahun lepas.

“Sekarang kita berada di pertengahan tahun dan kutipan kita pun lebih kurang 50 peratus. kutipan hasil negeri berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: