Tiada Lagi Kelulusan Pajakan Melombong di Tasik Chini

Oleh Shahrinnahar Latib

PEKAN: Kerajaan Negeri tidak lagi akan meluluskan pajakan melombong yang baharu di sekitar Tasik Chini di sini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada Mac lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk melaksanakan cadangan kewujudan dasar khas bagi perlombongan di sekitar tasik itu.

“Kerajaan Negeri telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,497.25 hektar kawasan di Tasik Chini sebagai hutan simpan kekal.

“Kewujudan dasar khas ini, Kerajaan Negeri tidak lagi akan meluluskan pajakan melombong yang baharu di sekitar Tasik Chini, ” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Pantai Air Leleh di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau berkata, MMK juga bersetuju untuk mewartakan kawasan hutan seluas 2,289.62 hektar di Cameron Highlands sebagai hutan taman negeri di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

“Ianya menjadikan hutan taman negeri yang yang kedua di negeri ini selain Hutan Simpan Taman Negeri Endau Rompin yang berkeluasan 31,979 yang diwartakan pada tahun 2000,” katanya.

 50 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: