TIADA ARAHAN SEKATAN PERJALANAN KELUAR DARI PAHANG KEPADA PENJAWAT AWAM
KUANTAN, 5 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang tidak mengeluarkan sebarang arahan sekatan perjalanan yang melarang kakitangan awam keluar dari negeri ini seperti yang tular di media sosial hari ini.
YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, perkara itu tidak diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pahang yang berlangsung hari ini.
YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak
“Kerajaan Pahang masih belum putuskan perkara tersebut,” katanya.
Arahan itu kononnya melarang kakitangan awam Pahang menghadiri kursus dan mesyuarat luar dari negeri ini dan ia boleh dilakukan secara online berkuatkuasa serta merta.-PAHANGMEDIA