TERUSKAN MENGGUNA APLIKASI PAHANGGO BAGI MENGELAK WABAK COVID-19

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 13 DISEMBER 2020: Rakyat di negeri diminta supaya dapat menggunakan sepenuhnya aplikasi PahangGo dalam urusan seharian terutamanya dengan keadaan terkini COVID-19 di Negeri Pahang dan seluruh negara yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, aplikasi PahangGo boleh digunakan untuk pembayaran bil utiliti, perbaharui cukai jalan atau insurans kenderaan, pembayaran yuran pengajian, menambah nilai telefon, membayar zakat, pembelian tiket bus, bayaran parking dan sebagainya.

“Rakyat tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter bank, pejabat, kedai serbaneka dan sebagainya bagi melakukan urusan tersebut. Tidak perlu ke tempat ramai orang yang mungkin antara mereka ada yang dijangkiti COVID-19.

“Maka PahangGo merupakan pilihan terbaik kepada rakyat dikala wabak COVID-19 kini semakin meningkat kembali,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.

Penduduk di Pulau Tioman, En. zurkarnaini bin Ab. Hamid (kiri) dan Zanariah binti Abd Wahid menunjukkan aplikasi PahangGo yang telah dimuat naik ke telefon bimbit mereka. Di musim tengkujuh ini, mereka tidak perlu turun ke tanah besar. Mereka hanya menggunakan aplikasi PahangGo untuk pelbagai urusan penting.

Beliau berkata, PahangGo Sdn Bhd juga telah membangunkan laman web iaitu app.PahangGo.com yang menempatkan perkhidmatan sama seperti di aplikasi mobile PahangGo.

“Ianya boleh digunakan sebagai pilihan kepada pengguna serta sebagai kemudahan kepada pengguna yang tiada akses telefon pintar di mana pengguna boleh mendaftar dengan maklumat pendaftaran yang sama dengan aplikasi di mobile,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengajak seluruh rakyat Negeri Pahang untuk bersama-sama menggunakan laman web pelandigital.PahangGo.com yang merupakan platform untuk orang ramai dan syarikat swasta memberikan maklumbalas, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk merangka pelan digital (2021 – 2025) yang terbaik bagi Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Sila layari PahangGo di ;

Google Play – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gox_mobile

App Store – https://apps.apple.com/my/app/pahang-go/id1474756387

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,102 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download