Pengundi di Sekolah Kebangsaan Chini Timur 1, Norazmi Ellias.

TERUJA MENGUNDI DALAM NORMA BAHARU

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 4 JULAI 2020: Lebih banyak syarat dan peraturan, namun ia disambut baik dengan perasaan teruja pengundi di sekitar Dewan Negeri (DN) Chini yang hadir ke pusat mengundi hari ini.

Pengundi di Sekolah Kebangsaan Chini Timur 1, Norazmi Ellias, 40, berkata langkah keselamatan yang diambil bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 amat penting bagi semua yang terlibat di tempat pengundian.

“Sebagai pengundi sudah pasti saya rasa lebih selamat untuk keluar mengundi hari ini apatah lagi kita belum betul-betul bebas daripada wabak ini walaupun Pahang berada dalam zon hijau.

“Kehadiran orang ramai di pusat mengundi juga nampak lebih terkawal kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meletakkan penanda di setiap tempat bagi menjaga jarak sosial setiap individu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di sini.

Pengundi, Johari Ibrahim.

Seorang lagi pengundi, Johari Ibrahim, 39, berkata, kelainan pada pilihan raya kali ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang.

“Keadaan lebih tenang dan teratur kerana ada masa mengundi yang ditetapkan bagi setiap pengundi bagi mengelak kesesakan.

“Penjarakan sosial, saringan suhu, pemakaian pelitup muka separuh dan penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) juga dapat mengurangkan resah pengundi terutama golongan be risiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang ada sakit kronik,” katanya.

Menurutnya lagi, petugas turut menjaga kepentingan pengundi yang uzur dan memudahkan pergerakan bagi mengelak mereka menunggu lama untuk mengundi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download