Anggota polis yang selesai membuang undi pada Proses Pengundian Awal PRK Chini di Balai Polis Chini di Pekan.

TERUJA JADI INDIVIDU PERTAMA MENGUNDI DALAM NORMA BARU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 30 JUN 2020: Koperal Muhamad Muhaidin Haripen, 36, menjadi individu pertama memasuki Pusat Mengundi Balai Polis Chini di sini untuk membuang undi dalam suasana norma baharu bagi pilihan raya di negara ini.

Walaupun proses pengundian awal hari ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khas yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia berjalan dengan lancar.

Koperal Muhamad Muhaidin Haripen, 36,

Pemangku Ketua Balai Polis Chini itu yang ditemui sebaik selesai mengundi, tersenyum lebar sebaik keluar dari bilik mengundi malah menyifatkan proses mengundi kali ini berbeza berbanding tiga pilihan raya umum yang beliau lalui sebelum ini.

“Saya mengundi dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan ini adalah pengalaman baru bagi saya. Mula-mula kita akan daftar mengundi di pintu masuk dan perhatikan garisan jarak sosial yang disediakan dan ikut.

“Sampai ke titik pertama kita perlu jalani saringan suhu badan, pakai hand sanitizer masuk ke dalam pakai lagi sekali hand sanitizer baru pegawai SPR akan calitkan dakwat kekal dan pakaikan sarung tangan dan penutup mulut dan hidung sebelum mengundi,” katanya ketika ditemui di sini.

Pusat pengundian di Bilik Maklumat Balai Polis Chini di sini mula dibuka jam 8 pagi ini hingga 12 tengah hari ini bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka.

Koperal Wan Nur Eza Ilmi Wan Zahari, 31

Sementara itu, Koperal Wan Nur Eza Ilmi Wan Zahari, 31, mengundi dalam norma baharu itu menjadi sejarah bagi dirinya.

”PRK kali ini ini berbeza seperti pilihan raya umum. Perjalanan mengundi ini perlu memastikan penjarakan sosial, sanitasi tangan dan kita hanya dibenarkan berus jari sekali sahaja dan tidak digunakan lagi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: