Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

TERIMA KASIH PETUGAS KESIHATAN – PEMANGKU RAJA PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 21 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus-lumus merawat pesakit COVID-19.

Baginda berdoa kepada Allah SWT agar petugas kesihatan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik supaya
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Petugas kesihatan yang sentiasa bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19. – Foto Viral

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai perubatan dan warga
kerja hospital, klinik kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serta pejabat kesihatan daerah seluruh Pahang yang sentiasa bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19.

“Saya juga menasihatkan para petugas kesihatan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan pengikut prosedur
operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak daripada terkena jangkitan
COVID-19,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam Titah Diraja kepada semua pegawai perubatan dan warga kerja hospital, klinik kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan pejabat kesihatan daerah di seluruh Negeri Pahang hari ini. –
PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: