Terima Kasih MB Pahang

KUANTAN 30 November 2019 : “Ayah tentu sangat gembira bila nampak geran tanah ini nanti,” kata Suzilah Wahid yang mewakili bapanya menerima surat pemilikan tanah di Kampung Sri Mahkota di sini hari ini.

Suzilah, 58, berkata ayahnya Wahid Saripin, 86, telah memohon hak pemilikan tanah ini sejak tahun 1970-an lagi dan baru kini diluluskan permohonannya.

“Ayah mesti rasa sangat gembira bila dapat tahu permohonannya lebih daripada 30 tahun telah diluluskan. Saya wakilkan ayah sebab kesihatan dia sekarang tidak berapa baik.

“Cadangnya tanah ini akan diteruskan dengan menanam pokok buah-buahan, dusun buah macam sekarang sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Suratan Hak Milik oleh YAB. Menteri Besar Pahang di Kampung Sri Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abdul Rahim Muda; Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Mohd. Shahar Abdullah; dan Pegawai Daerah Kuantan Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Seramai 71 daripada 153 penerima hadir menerima surat hak milik tanah seluas kira-kira 40.46 hektar keseluruhan yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis tersebut.

Seorang lagi penerima, Hasan Abdul Rani, 79, berkata dia bersyukur akhirnya penantian untuk mendapat hak milik tanah ini akhirnya diluluskan.

“Rasa bersyukur dan gembira kerana permohonan 40 tahun lebih ini akhirnya diluluskan juga oleh kerajaan negeri Pahang.

“Tanah ini sekarang ditanam dengan kelapa sawit, jadi saya rasa akan teruskan sahaja dengan tanaman tersebut menandangkan ia dikendalikan oleh koperasi kampung ini sendiri,” katanya.

 62 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: