Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar (tengah) bersama Ahli Parlimen Jerantut, YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Idris; ADN Tahan YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin; ADN Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris ketika gimik pada Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Tawaran RRP Daerah Jerantut di Dewan Tengku Azlan di sini, hari ini.

TERHARU TERIMA BANTUAN RUMAH RAKYAT PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

JERANTUT, 17 SEPTEMBER 2020: “Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih juga kepada Kerajaan Pahang di atas sumbangan rumah ini, selepas ini kehidupan saya sekeluarga akan lebih selesa”.

Itu luahan Encik Azrol Iswan Ayob, 48, dari FELDA Sungai Tekam di sini yang menerima surat tawaran Rumah Rakyat Pahang (RRP) sumbangan Kerajaan Pahang.

Beliau antara tujuh penerima RRP dari Parlimen Jerantut, Dewan Negeri (DN) Pulau Tawar, DN Damak dan DN Tahan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah menyampaikan surat Surat Tawaran Rumah Rakyat Pahang (RRP) Daerah Jerantut kepada seorang penerima pada Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Tawaran RRP Daerah Jerantut di Dewan Tengku Azlan di Jerantut, hari ini.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, sumbangan ini amat bermakna baginya kerana ketika ini dia sekeluarga terpaksa menyewa berikutan rumah pusaka keluarganya musnah dalam kebakaran pada 2017.

“Akibat itu saya tidak mampu untuk membina rumah yang baharu kerana bekerja kampung sahaja dan terpaksa menyewa rumah lain bersebelahan dengan tapak rumah lama.

“Namun saya tidak sangka terpilih untuk menerima sumbangan RRP ini. Saya sangat bersyukur dengan sumbangan ini… Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy yang mewujudkan RRP ini,” katanya.

Encik Azrol Iswan Ayob salah seorang penerima surat tawaran Rumah Rakyat Pahang (RRP) sumbangan Kerajaan Pahang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Tawaran RRP Daerah Jerantut di Dewan Tengku Azlan di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jerantut, YB. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris; ADN Tahan
YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin; ADN Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Sementara itu, seorang lagi penerima Puan Sharifah Mazni Syed Mohamud, 56, dari Kampung Lada berkata, beliau berasa amat lega dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu dan membina sebuah rumah baharu yang lebih selesa dan selamat.

Puan Sharifah Mazni Syed Mohamud, 56.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu ‘menghadiahkan’ saya sebuah rumah baharu, Insyallah rumah ini akan memberi keselesaan kepada kami sekeluarga apabila ia siap nanti,” katanya.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Haji Nazri berkata, pembinaan rumah ini dijangka akan mengambil masa 10 minggu untuk disiapkan dan diharap kontraktor yang dilantik dapat menjalankan kerja-kerja dengan amanah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar bersama penerima Surat Tawaran RRP Daerah Jerantut di Dewan Tengku Azlan di Jerantut , hari ini.

“Kerajaan negeri Pahang melancarkan program RRP ini bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri.

“Kita berharap lebih banyak bantuan seperti ini dapat diberikan kerana Kerajaan Negeri komited dalam usaha membantu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: