TEMBUSI PASARAN IKAN PATIN PAHANG KE PERINGKAT DUNIA

Oleh Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 24 FEBRUARI 2020: Kerjasama erat antara pengusaha dan penternak dengan Kerajaan Pahang amat penting bagi memastikan industri ikan patin di negeri ini berupaya menembusi pasaran dunia.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ikan patin atau dikenali dengan nama saintifiknya Pangasius telah menjadi sinonim dengan negeri Pahang.

“Jadi sudah tiba masanya negeri Pahang berkongsi keenakan Ikan Patin Pahang yang selama ini hanya dapat dirasa oleh penduduk tempatan dan pelancong untuk dipasarkan ke peringkat global.

“Ini bukanlah satu perkara yang mustahil, kerana pada ketika ini, Ikan Patin dari negara lain sudahpun menempa nama dipersada antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya, kelmarin.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 400 tan ikan patin boleh dikeluarkan oleh pengusaha dan penternak ikan patin di negeri ini.

“Namun jumlah ini perlu ditingkatkan lagi terutama dalam usaha untuk menembusi pasaran global tanpa mengabaikan pasaran ikan patin tempatan,” katanya.

Beliau berkata, pengeksportan Ikan Patin Pahang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan negara, tetapi juga dapat melindungi sungai-sungai di Pahang daripada dimusnahkan oleh pencemaran.

“Antara kelebihan lain yang dapat dihasilkan daripada usaha untuk mempertingkatkan pengeluaran Ikan Patin Pahang adalah dengan peningkatan terhadap kebersihan dan kelestarian sungai oleh para penternak ikan tersebut,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: