Suhada Sulaiman, 38, menunjukkan tanjak yang dijual olehnya di Bandar Dara Chini di Pekan.

TANJAK LARIS DIJUAL KETIKA PRK CHINI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

PEKAN, 4 JULAI 2020: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini bukan sahaja meriah dengan kehadiran penyokong calon yang bertanding malah turut memberi rezeki berganda kepada peniaga.

Begitu juga bagi seorang peniaga tanjak di Bandar Dara di sini apabila mampu menjual hampir 100 aksesori pakaian tradisonal lelaki Melayu itu setiap hari.

Malah Suhada Sulaiman, 38, sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menjual tanjak di Chini sempena PRK yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

Wanita berkenaan ketika ditemui tidak menyangka tanjak yang yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat dan luar Chini.

“Setiap hari tanjak saya terjual antara 80 hingga 100. Permintaan luar biasa itu mungkin harga yang ditawarkan murah iaitu RM20. Jadi semua masyarakat boleh memiliki tanjak yang saya hasilkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya lagi, tanjak yang dijual ini mengikut trend terkini dan pada musim pilihan raya pasti tanjak menggunakan logo parti dicetak.

“Penggunaan tanjak mengandungi falsafah sendiri dan menjadi lambang hirarki sosial seseorang masyarkat melayu islam,” katanya.

Suhada berkata, namun kini pakaian tradisonal lelaki Melayu itu hanya banyak diperagakan ketika majlis perkahwinan sahaja, tetapi kali dia mengambil kesempatan atas kempen PRK Chini.

“Saya turut terima tempahan daripada luar dan ia bergantung kepada jenis kain, corak, warna, bentuk bagi memenuhi permintaan mereka.

“Saya juga mahu hidupkan semula budaya pemakaian tanjak ini. Kita mahu sehingga tahap orang tidak akan pelik apabila melihat orang memakai tanjak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: