Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), YH. Datuk Rose Shamsul Abdul Razak (kanan) ketika melakukan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKPB.

TAMBAH LEBIH PENGUATKUASA MENJELANG SAMBUTAN AIDILFITRI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 12 MEI 2020: Pertambahan anggota Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Pekan bakal dilakukan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), YH. Datuk Rose Shamsul Abdul Razak berkata, perancangan tersebut mengambilkira keadaan terutamanya di premis-premis perniagaan yang akan bertambah sibuk dengan penduduk yang keluar membeli barangan keperluan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), YH. Datuk Rose Shamsul Abdul Razak.

“Tumpuan pasukan pemantau adalah bagaimana untuk mengawal keadaan nak dekat raya nanti. Kita yakin jumlah orang di premis-premis perniagaan akan bertambah terutama di kawasan pasar awam dan pasaraya.

“Jadi MDP akan memikirkan cara dan SOP yang boleh disediakan untuk hadapi orang ramai nanti termasuklah pertambahan anggota pasukan pemantauan dan penguatkuasaan yang terdiri daripada pegawai dan anggota penguatkuasa MDP, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Kesihatan Daerah serta Pejabat Daerah dan Tanah.

“Setakat ini, kita ada empat pasukan pemantau yang bertugas setiap hari di kawasan Peramu, pusat bandar dan di gugusan Felda Chini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turut sama melakukan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar daerah Pekan, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), YH. Datuk Rose Shamsul Abdul Razak (kanan) ketika melakukan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKPB.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 130 premis perniagaan telah diperiksa sepanjang pemantauan yang dilakukan sejak dua hari lepas.

“Boleh dikatakan sebanyak 80 peratus premis mematuhi SOP yang ditetapkan. Selebihnya pula bukanlah tidak patuh tetapi masih tidak memenuhi sepenuhnya kriteria SOP yang ditetapkan.

“Peniaga-peniaga ini baru buka kedai (selepas PKP) dan kita nampak mereka perlu sedikit masa untuk faham dan membuat persediaan yang diperlukan. Sekarang adalah tempoh untuk mendidik dan selepas itu barulah kita akan ambil tindakan jika ada yang masih tidak patuh,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pekerja di semua premis yang beroperasi segera membuat saringan di klinik bagi memastikan mereka bekerja dalam keadaan sihat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peniaga atas komitmen dan kerjasama yang baik dalam mematuhi arahan ditetapkan kerajaan.

“Saya berharap agar keadaan akan terus terkawal dan kerjasama baik antara kita semua termasuk penduduk di daerah ini dapat melancarkan lagi usaha mengekang dan menghapuskan wabak COVID-19 sepenuhnya,” akhirinya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: