Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan sebanyak RM1.5 juta untuk Tabung Covid-19 Negeri Pahang daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TABUNG COVID-19 NEGERI PAHANG TERIMA SUMBANGAN RM1.5 JUTA DARIPADA TNB

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 7 APRIL 2020: Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan sebanyak RM1.5 juta untuk Tabung Covid-19 Negeri Pahang daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah kepada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di kediaman rasminya.

YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada sumbangan berjumlah RM17.5 juta yang telah disampaikan ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Ini adalah sebagai usaha berterusan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama dengan TNB membantu bagi membolehkan rakyat dapat pembelaan sepenuhnya dalam usaha kita menangani Covid-19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja dan penyerahan Mock Cheque Covid-19 sumbangan TNB di Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir melakukan lawatan kerja bersama YAB Menteri Besar Pahang ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB. Dato’ Sri Ismail Mohamed Said; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim Muda.

Katanya, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan kerajaan melalui TNB dalam membantu rakyat terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Mengulas lawatan kerja itu, beliau berkata, ia merupakan perbincangan di antara pihak kementeriannya dengan kerajaan negeri bagi memastikan segala permasalahan berkaitan kementerian dapat ditangani secara bersama.

“Saya yakin dengan wujudnya kerjasama yang baik seperti ini akan dapat menangani segala permasalahan negara dan rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: