SWCorp Cadang Pasang Perangkap Sampah

 

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid (kanan) melihat keadaan Pantai Tanjung Lumpur

KUANTAN :  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang bercadang memasang perangkap sampah di beberapa parit besar bagi mengurangkan pencemaran sampah di sekitar pantai di daerah ini.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, pihaknya akan memasang perangkap sampah berkenaan selepas membuat tinjauan dan pemerhatian di parit dan sungai yang terbabit.

“Ini kerana hasil pemantauan, kita mendapati sampah yang banyak di kawasan Pantai Tanjung Lumpur di sini adalah daripada terutamanya yang tinggal di pesisir parit dan sungai ini.

Seorang kakitangan SWCorp mengutip sampah di Pantai Tanjung Lumpur

“Jadi kita akan buat tinjauan dan pemerhatian di kawasan-kawasan yang terbabit seperti di Semambu, Galing dan Tanah Putih, sebelum memasang perangkap sampah berkenaan,” katanya selepas memantau Operasi Kebersihan Pesisir Pantai di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, langkah pemasangan perangkap itu sekali gus membantu menjadikan kawasan persisiran pantai di daerah ini lebih bersih berbanding keadaannya sebelum pemasangan peralatan itu.

“Dengan pemasangan perangkap itu, diharapkan ia akan dapat mengurangkan masalah sampah yang tersadai di pantai.. Kita juga akan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri bagi pemasangan perangkap ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pemilihan Pantai Tanjung Lumpur sebagai lokasi operasi pembersihan ini berikutan terdapat isu sisa yang banyak di sepanjang pantai yang mencemarkan pantai berkenaan.

“Hasil pemantauan mendapati kebanyakan sisa-sisa berkenaan dibawa arus daripada sungai berdekatan dan akhirnya terdampar di Pantai Tanjung Lumpur,” katanya.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: