Keadaan banjir di kawasan Pekan Sungai Lembing di Kuantan pagi ini.

SUNGAI LEMBING MULA DINAIKI AIR

KUANTAN, 1 DISEMBER 2020: Pekan Sungai Lembing di sini mula dinaiki air sedalam kira-kira satu meter berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Difahamkan, penduduk di sekitar pekan berkenaan mula memindahkan barang di tempat yang lebih tinggi berikutan jalan sepanjang 80 meter di bandar itu dinaiki air.

Keadaan banjir di kawasan Pekan Sungai Lembing di Kuantan pagi ini.

Berdasarkan tinjauan di media sosial Facebook, pengguna berkongsi gambar dan video keadaan banjir di Pekan Sungai Lembing.

Menurut rujukan pada laman web publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air di sungai berkenaan pada jam 8 pagi adalah 35.77 meter (m) (paras normal 32 m).

Keadaan banjir di kawasan Pekan Sungai Lembing di Kuantan pagi ini.

Difahamkan juga, semua agensi termasuk berkaitan di bawah Kerajaan Pahang dan pihak berkuasa juga kini dalam keadaan bersiap sedia menjalankan tinjauan dan pemantauan untuk tujuan persiapan awal serta menjalankan tugas-tugas penyelamatan jika berlaku banjir serta limpahan air sungai. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,669 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download