Penyerahan sumbangan pembelian data internet untuk pelajar SPM tahun 2020 bagi Dewan Negeri (DN) Pulau Manis diadakan di Bilik Gerakan Pulau Manis yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB Dato' Khairuddin Mahmud di Kuantan.

SUMBANGAN DATA INTERNET RM50 PELAJAR SPM SEDANG DIAGIHKAN, TERIMA KASIH MB PAHANG

Oleh Mahathir Ali

PEKAN, 14 DISEMBER 2020: Penyerahan sumbangan pembelian data internet untuk pelajar SPM tahun 2020 bagi Dewan Negeri (DN) Pulau Manis diadakan di Bilik Gerakan Pulau Manis yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB Dato’ Khairuddin Mahmud di sini semalam.

Sumbangan berjumlah RM50 setiap seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM Pahang 2020 pada tahun hadapan itu merupakan inisiatif Kerajaan Pahang untuk membantu pembelian data internet pelajar yang terpaksa mengikuti dan mengulangkaji pelajaran secara online sebelum menduduki peperiksaan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Negeri (DN) di Wisma Sri Pahang pada 20 November lalu telah mengumumkan pemberian sumbangan data internet ini kepada semua pelajar SPM negeri Pahang.

Sumbangan ini sedang diagihkan kepada pengetua dan wakil-wakil sekolah di seluruh negeri Pahang.

Dalam majlis itu, seramai 9 orang pengetua dan 35 pelajar hadir sebagai simbolik penyerahan bagi Dewan Negeri Pulau Manis manakala selebihnya baki seramai 882 orang pelajar yang terlibat akan diuruskan oleh pihak sekolah.

Sumbangan data internet pelajar SPM 2020 Pahang ini diharap dapat membantu mereka mengulangkaji pelajaran hingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti seperti harapan YAB Menteri Besar Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 927 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download