Banjero Squad Base yang terletak di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan

SUKARELAWAN PAHANG MULA BERGERAK AKTIF, BANJERO SKUAD TURUT BANTU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 7 JANUARI 2021: Sukarelawan di negeri ini mula bergerak aktif menjalankan misi kemanusian susulan bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

Ada yang memberi bantuan kemanusiaan seperti memindahkan penduduk ke kawasan selamat dan membersihkan rumah-rumah yang terjejas selain menghantar barang keperluan asas kepada mangsa banjir.

Begitu juga Banjero Squad iaitu sebuah badan sukarelawan yang mula mengumpul pelbagai barangan daripada orang ramai untul disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh Pahang

Menurut Penyelaras Banjero Squad, Mohd Azraie Azahari, Banjero Squad Base yang terletak di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini telah dibuka mulai hari ini.

“Justeru orang ramai boleh menghantar pelbagai barangan antaranya seperti air mineral botol kecil, tuala wanita, seluar dalam wanita, susu bayi, pakai buang, makanan kering, beras, kopi, sardin, mi segera, panadol, minyak angin dan pakaian terpakai (wajib diasing).

“Kita buka kuanter penghantaran setiap hari dan diboleh dihantar secara pandu lalu kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Katanya lagi, pihaknya menyasarkan sebanyak lima tan barangan setiap hari dihantar oleh orang ramai berdasarkan pengalaman mereka pada tahun 2014.

Orang ramai mula menghantar barangan keperluan untuk dikumpulkan sebelum dihantar kepada mangsa banjir.

“Untuk permulaan ini kita akan menghantar barangan ini kepada mangsa yang berada di Daerah Maran di mana banjir telah surut menyebabkan mangsa memerlukan barang untuk memulakan kehidupan mereka.

“Selepas itu kita akan pergi ke daerah-daerah lain. Setakat ini kita ada kira-kira 30 sukarelawan yang bersedia membantu bila diperlukan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,314 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download