KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Struktur ‘abutment’ (penampan) Jambatan Kampung Lechar di Raub dilaporkan runtuh selepas dihanyutkan arus deras petang tadi.
Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan jambatan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub dalam satu kenyataan di Facebook melaporkan, stuktur berkenaan adalah sepanjang 3 meter dan lebar tujuh meter.
Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kerana jambatan berkenaan sudah ditutup untuk lalu lintas. – PAHANGMEDIA
5,175 total views, 3 views today