SOLAT HAJAT DOAKAN KESIHATAN AGONG, PERMAISURI AGONG

KUANTAN, 27 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang serta seluruh rakyat-jelata negeri ini terkejut dan amat risau dengan laporan perihal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kini menjalani tempoh kuarantin diri 14 hari berikutan tujuh kakitangan Istana Negara yang dijangkiti wabak pandemik COVID-19.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta rakyat jelata Negeri Pahang mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda, agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

“Saya juga menyarankan rakyat-jelata dalam kalangan umat Islam di negeri Pahang, supaya menunaikan Solat Hajat dengan memohon kepada Allah Subhanahu Wata‘ala agar keselamatan dan kesihatan Baginda berdua dipelihara,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini hari ini. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: