Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon BN, Mohd Sharim Md Zain menunjukkan buah durian ketika Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Orang Asli dan Ziarah Kasih di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga di Pekan.

SOKONGAN TUN M KEPADA CALON BEBAS TIDAK GANGGU SOKONGAN PENGUNDI KEPADA BN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN 25 JUN 2020: Sokongan secara terbuka bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), YB Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, YM Tengku Dato’ Zainul Hisham Tengku Hussin tidak akan menggangu sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, sokongan yang dibuat melalui sebuah video khas di Facebooknya itu langsung tidak memberi keyakinan kepada pengundi di Chini untuk memilih calon Bebas.

“Saya percaya (sokongan) ini tidak akan memberi keyakinan kepada pengundi di Chini sebab kawasan ini mereka begitu sebati dengan BN.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain bersama masyarakat Orang Asli ketika Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Orang Asli dan Ziarah Kasih di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga di Pekan.

“Masa kempen di PRK Cameron (Highlands) pun beliau (Tun Mahathir) ada turun. Namun majoriti kepad BN tetap meningkat… Tetapi kali ini tidak turun dan cuma memuatkan video sahaja untuk sokong calon Bebas,” katanya ketika ditemui media selepas Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Orang Asli dan Ziarah Kasih di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga, di sini hari ini.

Turut hadir, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, YH. Dato Sri Zamri Ramly dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat dua faktor penting yang boleh memberi kemenangan dalam pilihanraya iaitu calon dan parti.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain bersama masyarakat Orang Asli ketika Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Orang Asli dan Ziarah Kasih di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga di Pekan.

“Jika calon itu orang yang baik dan sesuai serta ada parti di dalamnya maka calon BN yang mewakili parti BN adalah pilihan yang tepat kepada pengundi.

“Sebab pada akhirnya kita patut tanya pada diri, kita mahu seperti mana… Adakah calon yang boleh membela masa depan dan membantu rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, masuk hari keenam kempen, beliau melihat sokongan terus ke arah calon BN, Mohd Sharim Md Zain, lebih-lebih lagi apabila masyakat di Chini faham yang calon Bebas tidak akan membawa kesan kepada kehidupan mereka.

“Sebab kalau kita undi calon Bebas, mereka tidak boleh memberi apa-apa pulangan kepada rakyat. Sebab itu saya yakin dan percaya mereka akan menyokong calon BN… Apatah lagi, selama ini pun kawasan Chini sebati dengan BN,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: