Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melepaskan konvoi kenderaan tanda pelancaran Skuad Bencana 2.0 bersama NGO Negeri Pahang bagi Persediaan Monsun Timur Laut di Yayasan Pahang di Kuantan.

SKUAD BENCANA PAHANG SIAP SIAGA BANTU HADAPI BENCANA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 3 NOVEMBER 2020: Skuad Bencana Pahang yang terdiri daripada 18 buah badan bukan kerajaan (NGO) terus bersiap siaga untuk menjadi sokongan utama agensi kerajaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, usaha berkenaan melibatkan 100 orang sukarelawan dan 50 buah kenderaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima replika cek daripada wakil Jalur Cahaya Sdn Bhd. untuk keperluan rakyat yang menghadapi bencana.

Menurutnya, Skuad Bencana ini ditubuhkan untuk membantu dan menjadi ‘bonus’ pelengkap kepada agensi-agensi seperti PDRM, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi-agensi yang lain ketika berlaku sebarang kemungkinan bencana di negeri Pahang.

“Kita melihat pelancaran ini sangat bermakna bagi anak-anak muda khususnya yang terlibat secara langsung di mana juga kita telah menguar-uarkan bahawa kerja ini adalah kerja sukarela.

“Kita juga mengharapkan mereka sentiasa mematuhi SOP semasa COVID-19 ini dan sebarang kemungkinan bukan sekadar banjir atau musim tengkujuh yang diperkatakan, tetapi apa jua yang melibatkan keperluan untuk membantu dalam usaha menangani kes-kes kecemasan dan sebagainya. Inilah antara NGO yang kita harapkan,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Skuad Bencana 2.0 bersama NGO Negeri Pahang bagi persediaan Monsun Timur Laut di Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih atas kesediaan semua yang terlibat pada setiap tahun bersama Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan membantu masyarakat yang memerlukan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melepaskan konvoi kenderaan tanda pelancaran Skuad Bencana 2.0 bersama NGO Negeri Pahang bagi Persediaan Monsun Timur Laut di Yayasan Pahang di Kuantan.

Dalam majlis berkenaan juga Skuad Bencana Pahang menerima sumbangan kit keselamatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negeri Pahang dan cek wang tunai bernilai RM100,000 daripada Jalur Cahaya Sdn Bhd.

Sumbangan berkenaan bakal digunakan bagi keperluan rakyat yang menghadapi bencana termasuk usaha baik pulih rumah penduduk di sekitar Pahang yang memerlukan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: