Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus (kiri) ketika melakukan lawatan di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di KotaSAS, Kuantan hari ini.

SKMM SARAN KOMUNIKASI SEBAGAI UTILITI KETIGA DALAM PEMBINAAN PPSAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 11 FEBRUARI 2021 : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyarankan pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) menjadikan bidang komunikasi sebagai utiliti ketiga di negeri ini sebagai agenda.

Ketua Pegawai Operasinya, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata ini selaras dengan permintaan Kerajaan ksupaya menjadikan bidang utiliti komunikasi sebagai yang ketiga dalam negara.

“Dari segi pihak SKMM, kita bagi fasiliti sebagai satu perkhidmatan jalur lebar akan tersedia apabila bangunan ini telah sedia diduduki.

“Kita pastikan komunikasi yang terkini melalui fibre, dia punya in coverage atau liputan dalam bangunan telah tersedia dan melibatkan semua telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di KotaSAS di sini hari ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan.

“Dan kita sentiasa bekerjasama dengan pihak Negeri dan agensi-agensi daripada pihak Kerajaan Negeri sebagai contoh hari ni kita bersama dengan Pahang Go dan kemungkinan nanti kita akan bekerjasama dengan Koridor Utiliti Pahang dan sebagainya. Supaya kita pastikan agenda komunikasi sebagai utiliti ketiga bagi negeri Pahang,” katanya.

Sementara itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata pembinaan PPSAS ini juga akan menjadi penunjuk aras kepada pembangunan lain dalam negeri ini.

“Bangunan PPSAS ini adalah satu tempat yang menjadi pusat pentadbiran dan pusat pentadbiran ini juga menjadi penunjuk aras kepada pembangunan-pembangunan lain dalam negeri Pahang.

“Jadi bangunan baru ini juga boleh dijadikan bahawa apa yang kita katakan ini kita akan kotakan.

“Jadi saya harap pihak-pihak terbabit ambil perhatian supaya kita menjadikan bidang komunikasi ini talian komunikasi ini sebagai satu perkara yang wajib untuk kita laksanakan dalam negeri kita ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download