Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bertemu dengan Pengerusi SKMM, YBRS. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (tiga dari kiri) di Hotel Rosa Passadena di Cameron Highlands.

SKMM, KERAJAAN PAHANG BANGUN PELAN NAIK TARAF TALIAN TELEKOMUNIKASI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 4 DISEMBER 2020: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bersama dengan Kerajaan Pahang bagi membangunkan pelan infrastruktur menaik taraf dan membina menara telekomunikasi baharu di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelan infrastruktur ini dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi membangunkan dan menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Pelan ini akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Malam tadi beliau bertemu dengan Pengerusi SKMM, YBRS. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek di Hotel Rosa Passadena di sini.

Sebelum itu di hotel yang sama berlangsung Taklimat Dan Perbincangan Dua Hala Halatuju Status Perkhidmatan Telekomunikasi Dan Inisiatif JENDELA Oleh SKMM Kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Pahang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

SKKM dalam pelan JENDELA merancang untuk membina 191 menara baharu di seluruh negeri ini sehingga tahun 2022 dan menaik tara 823 menara sedia ada kepada 4G. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download