Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari YB. Puan Young Syefura Othman ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: YB PUAN YOUNG SYEFURA MOHON MAAF LANGGAR SOP PKPB

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari memohon maaf kepada Dewan Negeri Pahang hari ini berikutan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

YB. Puan Young Syefura Othman dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 berkata, pihak polis telah selesai melakukan siasatan berkaitan isu tersebut.

“Saya ingin memohon maaf jika kesalahan saya melanggar SOP PKPB telah memberi nama yang kurang baik kepada Dewan Negeri Pahang.

“Siasatan polis baharu selesai dan saya dikhabarkan oleh pihak polis bahawa saya perlu membayar kompaun sebanyak RM1,000 dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam perbahasan yang sama, beliau turut mencadangkan peruntukan khas kepada ADN pembangkang di negeri ini dinaikkan kepada RM50,000 pada tahun hadapan.

“Dengan pencapaian hasil Kerajaan Negeri Pahang yang membanggakan dan sikap prihatin YAB Dato’ Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Negeri Pahang, saya mohon mencadangkan supaya peruntukan khas kepada ADN Pembangkang bagi tahun 2021 ini dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000.

“RM25,000 untuk projek pembangunan dan RM25,000 untuk tujuan kebajikan, program, NGO dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga meminta Kerajaan Pahang supaya mempertimbangkan untuk memberi bantuan kepada pengusaha bas sekolah dan pengusaha kantin sekolah yang terjejas apabila sekolah ditutup.

“Kerajaan Pahang menyatakan akan menyalurkan lebihan hasil yang berjumlah RM5 juta kepada Akaun Amanah Bencana Negeri Pahang untuk digunakan bagi tujuan mengekang wabak dan juga membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,465 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: