Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Negeri Semambu, YB. Encik Lee Chean Chung (PKR) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 berkenaan tindakan Kerajaan Negeri terhadap kerja penggondolan tanah projek perumahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: SYARIKAT PEMAJU DIMINTA PULIHKAN KEHIJAUAN DI BUKIT SEKILAU

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang meminta agar syarikat pemaju yang melaksanakan projek perumahan di atas tanah kerajaan di kawasan Bukit Sekilau agar memulihkan kehijauan di lokasi berkenaan sebelum menyerahkan kembali baki 3.668 ekar tanah kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kawasan terbabit telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tanah seluas 2.976 ekar yang kini dibangunkan dengan pembangunan perumahan dua tingkat menjadikan jumlah keseluruhan seluas 6.652 ekar.

“Baki 3.668 ekar pula masih dalam perundingan di antara Kerajaan Negeri dengan pihak syarikat supaya menyerahkan kembali tanah tersebut kepada pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Negeri Semambu, YB. Encik Lee Chean Chung (PKR) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 berkenaan tindakan Kerajaan Negeri terhadap kerja penggondolan tanah projek perumahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Katanya, proses rundingan tersebut kini sedang berjalan bagi membolehkan keputusan dicapai dapat memenuhi kedua-dua belah pihak memandangkan pihak syarikat telah mengeluarkan kos bagi kerja-kerja pembangunan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 323 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download