Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang (PKR), berhubung projek pembangunan luar bandar pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: RM13 JUTA BANGUNKAN PROJEK LUAR BANDAR PADA 2019

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang memperuntukkan sejumlah RM13 juta bagi melaksanakan sebanyak 223 projek kecil luar bandar pada tahun 2019 manakala RM24.4 juta pula diberikan bagi perlaksanaan 85 projek pada tahun 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, kesemua projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri (PKN) Pahang dengan melaksanakan projek-projek kecil di kawasan luar bandar melalui beberapa program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.

“Program itu ialah Jalan Perhubungan Desa (JPD), Jalan Luar Bandar (JALB), Program Ameniti Sosial (PAMS), Jalan Ladang, Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan premis KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang (PKR), berhubung projek pembangunan luar bandar pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Daripada program pada 2019 tersebut, JPD menerima peruntukan sejumlah RM6.95 juta, RM3.94 juta bagi program PAMS, RM600,000 bagi projek sambungan JALB, BALB dengan RM446,967.50 dan KEMAS menerima RM809,415 jumlah peruntukan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 106 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download