Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, YB. Dato’ Abd Rahim Muda ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kemayan, YB. Dato’ Mohd Fadil Osman (BN) berkenaan usaha memulakan semula projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PROJEK PR1MA BAKAL DIMULAKAN SEMULA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan negeri bersedia menerima permohonan daripada mana-mana pihak pemaju untuk memohon kawasan-kawasan (PR1MA) yang telah dibatalkan atau kawasan lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, projek tersebut akan dimulakan semula dan lawatan ke tapak-tapak projek telah dilaksanakan dan pelantikan pemaju akan diputuskan semula.

“Kegagalan sebelum ini berlaku atas beberapa sebab antaranya tidak membayar wang pendahuluan (earnest money) tanda setuju terima oleh pemaju yang telah diluluskan.

“Selain itu ialah kegagalan mendapatkan kebenaran merancang dari PBT, kita bagi tempoh 12 bulan untuk pihak pemaju yang diluluskan untuk mendapat kebenaran merancang dan ada juga kegagalan akibat tidak membayar yuran juru ukur kepada Lembaga Jurukur menyebabkan tanah yang diperuntukkan untuk PR1MA tidak dapat diserahkan kepada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kemayan, YB. Dato’ Mohd Fadil Osman (BN) berkenaan usaha memulakan semula projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Dewan Negeri Sungai Lembing, YB. Dato’ Md. Sohaimi Mohamed Shah (BN) berkenaan bayaran deposit rumah sebanyak sepuluh peratus terutamanya di kalangan generasi muda yang masih belum mampu memiliki rumah.

YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap mereka yang berpendapatan rendah untuk dibantu (memiliki rumah).
“Contohnya, Rumah Rakyat Pahang di mana YAB Menteri Besar Pahang sendiri amat prihatin dan kita telah bagi 98 buah unit seluruh Pahang.

“Ini adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membantu mereka yang ada tanah tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, itu kita bantu dengan memberi rumah secara percuma kepada yang layak,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 228 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: