Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PROJEK PEMBINAAN PARKIR DI KEA FARM TIDAK TERTAKLUK LAPORAN EIA

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Projek persendirian pembinaan kawasan tempat letak kenderaan di Pasar Kea Farm, Cameron Highlands tidak tertakluk kepada penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, projek berkeluasan 0.6023 ekar di atas nama Tetuan See Kok Seong & Fresh Golden Highlands dilakukan bagi membina kawasan tempat letak kenderaan.

“Berdasarkan semakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), aktiviti tersebut tidak tertakluk kepada penyediaan laporan EIA,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) berhubung laporan EIA bagi projek pembinaan di kawasan Pasar Kea Farm pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya projek pembinaan tersebut melibatkan lokasi yang luas melebihi 50 ekar, laporan EIA perlu disediakan bagi melihat kesan terhadap alam sekitar ekoran pembinaan terbabit.

“Sekiranya kita nak buat perumahan dan tanah tersebut berkeluasan 50 hektar dan lebih, itu perlukan laporan EIA.

“Kita ada jadual yang kita perlu patuhi dan sekiranya permohonan tersebut melebihi daripada kategori ditetapkan, maka itu perlukan laporan EIA,” katanya.

Katanya, bagi sebarang projek yang melibatkan kawasan tadahan air, pihak Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan projek terbabit manakala kawasan yang sensitif seperti kawasan berbukit dan tebing sungai pula memerlukan laporan EIA. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 242 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download