Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERUNTUKAN MANTAPKAN LAGI PENGURUSAN AGAMA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pahang dan Pusat pada setiap tahun dapat meningkatkan segala usaha yang dilakukan dalam memantapkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, peruntukan sebanyak RM128.35 juta disalurkan pada tahun ini bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Selain itu, kita turut menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM39.59 juta bagi bayaran elaun kepada 2628 orang guru kafa, 3795 orang pegawai kariah masjid dan 405 orang guru tahmid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, pihak JAKIM juga telah menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM743,200 bagi pembaikan dan penyelenggaraan 18 buah SMAT.

“Selain itu, JAIP telah diluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan bagi pembinaan dua buah masjid, RM3.85 juta bagi pembinaan lima buah surau serta RM2.75 juta oleh ECER bagi penyelenggaraan dan naiktaraf SMAT yang terletak di daerah Pekan, Rompin, Jerantut, Maran Temerloh dan Bera,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi tahun 2021 pula, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM129.26 juta bagi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan JAIP.

“Ia merangkumi gaji, emolumen, bekalan dan perkhidmtaan serta naiktaraf dan penyelenggaraan bangunan-bangunan JAIP termasuk pejabat agama daerah dan sekolah-sekolah agama negeri.

“Kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan syiar Islam melalui Bantuan Prihatin Pahang 2021,” katanya.

Menurutnya, antaranya ialah bayaran one-off sebanyak RM750 kepada 1032 orang imam kariah, RM250 kepada 888 orang bilal dan 888 orang siak dan RM300 kepada 2628 orang guru kafa di negeri ini.

“Turut tersenarai ialah bayaran RM300 kepada guru Al-Quran dan Fardhu Ain asrama dan juga tambahan elaun sebanyak RM200 kepada 350 orang guru terlibat.

“Perolehan bantuan 16 buah kenderaan juga adalah bukti usaha murni daripada YAB Menteri Besar Pahang yang sentiasa memikirkan kebajikan dan kepentingan urusan agama di negeri ini,” katanya. –PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 88 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: