Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERSEMPADANAN SEMULA ELAK PERTINDIHAN KUASA JKKK

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan persempadanan pentadbiran baru bagi Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dalam masa terdekat bagi melerai kekeliruan dalam pentadbiran sedia ada.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pihaknya memahami masalah berkaitan dengan persempadanan yang dilakukan oleh SPR pada pilihan raya lalu menyebabkan ada JKK yang mentadbir kawasan sehingga meliputi dua ke tiga buah Dewan Negeri/Parlimen.

“Kerajaan negeri telah ambil tindakan dengan meminta SPR, Pegawai Daerah serta Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kaji, menilai dan telah pun buat keputusan.

“Kita memahami apa yang diperkatakan dan dalam masa terdekat akan keluarkan secara bertulis persempadanan pentadbiran baru yang telah ditetapkan kerajaan negeri melibatkan daerah Pekan, Rompin, Temerloh Bera, Kuantan Jerantut dan Bentong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Khairudin Mahmud (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

YB. Dato’ Khairudin bertanyakan mengenai adakah pihak kerjaaan negeri beri peluang untuk pelantikan JKK baru di setiap DN supaya ia diatur semula dan mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas lebih cekap dan teratur di DN masing-masing.

Dalam pada itu, soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN) adalah berkenaan pendirian kerajaan negeri mengenai usaha Kerajaan Pusat memperkenalkan Jawatankuasa Kemajuan dan Pembangunan Kampung (JKPK) bagi menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi cadangan perlaksanaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi menggantikan MPKK dan JKKK.

“Pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju untuk penjenaman semula JPKK dan akan dilaksanakan pada awal tahun depan (1 Januari 2020).

“Berkenaan soalan tambahan tentang kenaikan elaun, elaun asas sebanyak RM500 akan dibayar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri akan pertimbangkan pertambahan elaun mengikut kedudukan kewangan semasa negeri,” katanya.

Katanya lagi, perancangan latihan akan dilakukan bagi menyediakan barisan jawatankuasa yang dapat menangani masalah atau isu-isu kepimpinan semasa dengan cekap dan berkesan. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 190 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error