Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tras, YB. Encik Chow Yu Hui (DAP) berhubung perjanjian RPDR-PKPP yang didakwa cuba memonopoli pasaran durian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERJANJIAN RPDR-PKPP TIADA KAITAN AKTA PERSAINGAN 2010 (AKTA 712)

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Dua perjanjian yang dimeterai oleh Royal Pahang Durian Resources (RPDR) dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada 9 Mac lalu tidak mempunyai kaitan dengan Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, perjanjian tersebut tidak berkaitan dengan apa juga terma atau pun skim yang ditawarkan oleh RPDR kepada pengusaha durian.

“Perjanjian yang dimeterai tersebut hanyalah berkaitan saham atau pun ekuiti pihak-pihak RPDR dan PKPP serta pembahagian keuntungan kedua-dua belah pihak. Bersandarkan kepada perjanjian itu, Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ada kaitannya dengan Akta Persaingan 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tras, YB. Encik Chow Yu Hui (DAP) berhubung perjanjian RPDR-PKPP yang didakwa cuba memonopoli pasaran durian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Perancangan lain oleh pihak RPDR-PKPP itu antara lain adalah untuk memperkenalkan durian dengan jenama Raub kepada eksport antarabangsa dan dijangka dapat dicapai.

Dalam pada itu, mengenai isu penerokaan tanah haram oleh pekebun-pekebun durian, beliau berkata, tindakan tersebut adalah salah dan menyalahi perundangan serta melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Kita hendak mencari rezeki ada caranya bukan dengan cara meneroka tanah secara haram kerana secara perundangannya tindakan ini menyalahi peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan tanah yang ditolak oleh pihak kerajaan adalah kerana Kerajaan Negeri mempunyai perancangan pembangunan tertentu bagi sesuatu lokasi dan kawasan selain mengelakkan gangguan terhadap alam sekitar dan memerlukan laporan EIA. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 217 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: