Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PAHANG JADI DESTINASI PILIHAN PERTAMA PELANCONG

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Keindahan dan keistimewaan alam semulajadi di negeri ini menjadikannya destinasi pelancongan utama di kalangan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, kenyataan tersebut disokong oleh kaji selidik yang telah dilakukan pada tahun ini.

“Pahang adalah negeri pertama menjadi pilihan pelancong dari seluruh negeri di Malaysia adalah sebanyak 30.2 peratus daripada 10,000 orang diikuti negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kesan COVID-19 telah menjejaskan jumlah kedatangan pelancong ke Pahang pada tahun ini iaitu hanya 2.7 juta orang sahaja berbanding 6.3 juta orang dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Namun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Jun hingga Oktober lalu, Pahang telah mendapat satu lonjakan ketibaan pelancong iaitu sebanyak 5.4 juta orang” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar berkata, pada tahun lalu sektor pelancongan negeri menerima peruntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi 16 buah projek penyediaan infrastruktur dan pelancongan negeri.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Pusat yang telah menyalurkan sebahagian daripada cukai pelancongan iaitu sebanyak RM7.8,” katanya.

Beliau berkata, penghargaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana dalam bajet tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Tourism Pahang bagi menggiatkan usaha mempromosi sektor pelancongan di negeri Pahang bagi tahun 2021.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi mengurus dan mentadbir Perbadanan Muzium Negeri Pahang termasuk menaiktaraf muzium-muzium dan kajian pembangunan artifak serta mewartakan beberapa kawasan sebagai kawasan pelancongan negeri Pahang.

“Manakala sebanyak RM2 juta diberi sebagai peruntukan bagi membaikpulih infrastruktur pelancongan yang dikenalpasti untuk memberi keselesaan keapada pengunjung,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 120 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: