Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan, YB. Dato' Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN) berkenaan perkembangan MWNP dan bantuan yang telah disalurkan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: MPWP LAKSANA PELBAGAI PROGRAM UNTUK WANITA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) yang ditubuhkan pada September 2019 oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah melaksanakan pelbagai program termasuk kesihatan, kemasyarakatan, sosial, kesihatan dan kebajikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Bantuan Khas COVID-19 kepada wanita yang terkesan dengan wabak ini.

“Bantuan Khas ini adalah untuk bantuan makanan barangan keperluan bagi disalurkan kepada 2,100 keluarga wanita di seluruh Pahang.

“Selain itu, adalah bantuan lampin pakai buang kanak-kanak serta dewasa yang melibatkan 700 keluarga wanita di seluruh Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN) berkenaan perkembangan MWNP dan bantuan yang telah disalurkan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Katanya lagi, bagi bantuan ini MPWP telah membelanjakan RM140,000 melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

“Bagi isu pemasalahan wanita pula, MPWP memainkan peranan sebagai pemudahcara menyalurkan permasalahan wanita kepada Pusat Khidmat Aduan Wanita Negeri Pahang yang dikendalikan oleh Unit Pembangunan Wanita Negeri Pahang.

“Sepanjang lima bulan dari Februari hingga Oktober, MPWP telah menyalurkan 56 kes wanita yang melibatkan kes penderaan fizikal dan mental, kes rumahtangga, kes undang-undang, kes bantuan hospital, kes pendaftaran kelahiran dan kad pengenalan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes telah diselesaikan dengan kerjasama jabatan serta agensi yang berkaitan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 252 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download