Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato Abd Rahim Muda ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan PPRM Kuala Tahan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LANTIK KONTRAKTOR BAHARU SIAPKAN PPRM KUALA TAHAN

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Negeri akan berusaha menghubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melantik kontraktor baharu bagi menyiapkan Projek Program Perumahan Rakyat Malaysia (PPRM) Kuala Tahan di Jerantut yang sudah lama terbengkalai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato Abd Rahim Muda berkata, Projek PPRM di Kuala Tahan merupakan projek di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, JPN masih belum menyerahkan projek yang masih dalam pembinaan tersebut kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk diambil alih sebelum dapat diteruskan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya difahamkan kontraktor terdahulu tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja perumahan ini dan saya akan berhubung dengan pihak KPKT bagi memastikan kontraktor baru akan dilantik bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan PPRM Kuala Tahan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download