Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BANTU RAKYAT HILANG PEKERJAAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan negeri melalui Perkeso telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu rakyat Pahang yang terjejas dan kehilangan pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, antara usaha ialah menaiktaraf portal kerajaan atau MYFutureJobs, Hiring Incentive Programme, karnival pekerjaan dan temuduga terbuka, Program Subsidi Upah dan juga Sistem Insurans Pekerjaan.

“Melalui portal MYFutureJobs dan juga Job Fair Malaysia, sehingga 16 November 2020 terdapat sebanyak 1,527 majikan yang berdaftar dengan menawarkan 18,408 pelbagai jawatan kosong.

“Seramai 2,491 calon pekerja yang telah berdaftar dan 2,980 jawatan telah diisi. Semua pendekatan ini diharap dapat memberi lebih mafaat kepada rakyat Pahang dalam menguruskan ekonomi dalam mendepani kehidupan serba mencabar kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata melalui inisiatif pelaburan kerajaan negeri, sebanyak 9,045 ruang pekerjaan berjaya menampung kadar pengangguran di negeri ini sebanyak 2.8 peratus sehingga pada suku ketiga tahun ini.

Menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Mentakab, YB. Encik Woo Chee Wan berkenaan penyediaan latihan kepada penganggur berpengalaman, Dato’ Sri Haji Mohd Johari berkata di bawah Sistem Insuran Pekerjaan sebanyak RM220,600 telah dibelanjakan untuk latihan dan telah membayar elaun sebanyak RM10,500.

Sementara itu, bagi tahun 2021 kerajaan negeri akan melaksanakan karnival pekerjaan dan tiga temuduga terbuka secara bulanan di tiga buah Perkeso iaitu di Kuantan, Temerloh dan Bentong.

“Secara keseluruhan bagi tahun 2021 dijangka sebanyak 37 program temuduga terbuka akan diadakan termasuk Mini Job Fair,” katanya.

Ia menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, YB Puan Syefura Othman yang bertanyakan berkenaan perancangan Pahang Job Fair pada tahun akan datang.

Sementara itu, menyentuh berkenaan pembangunan sukan negeri pula, beliau berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta yang merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Majlis Sukan Pahang bagi kerja-kerja kawalan keselamatan, pembakikan bagi meningkatkan perkhidmatan infrasturuktur dan pengurusan.

“Pada masa ini pembangunan atlit tertumpu di beberapa daerah sahaja iaitu di Pekan, Kuantan, Rompin dan Temerloh.

“Kita akan terus menghasilkan atlit berpotensi dalam sukan badminton, hoki, badminton, bola jaring, golf olahraga dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menubuhkan Akademi Badminton, Akademi Golf dan Akademi e-Sport negeri Pahang. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 93 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download