Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LAKSANA LANGKAH STRATEGIK GALAK PERTUMBUHAN EKONOMI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang melaksanakan langkah strategik bagi jangka sederhana dan jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi berdaya tahan dan kompetetif.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri telah pun mengumumkan beberapa inisiatif untuk merangsang memantapkan sektor ekonomi negara dan negeri.

Katanya, bagi memperkukuhkan langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi yang lebih teguh, kerajaan negeri berusaha mengambil inisiatif untuk melaksanakan langkah-langkah strategik pertumbuhan ekonomi untuk rakyat Pahang terutama pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah membenarkan penjaja kecil mikro berniaga di kawasan perumahan tanpa perlu mengambil lesen.

“Kerajaan negeri lebih terkedepan berbanding Wilayah Persekutuan dalam memberi kebenaran kepada peniaga berniaga tanpa lesen di kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, sehingga September 2020, seramai 1.67 juta pemohon bantuan di Negeri Pahang telah menerima bantuan Penjana, Prihatin dan Prihatin TKS dengan nilai bantuan sebanyak RM2.015 billion bagi negeri Pahang.

Kerajaan juga melaku pelbagai usaha bagi memastikan harga barang stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk negeri ini.

Berdasarkan rekod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang, bekalan makanan adalah mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna meskipun ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Kerajaan negeri juga memberi tumpuan terhadap dua fokus utama pemerkasaan ekonomi bagi menjayakan Projek Transformasi Ekonomi agar selaras dengan agenda nasional.

“Fokus pertama adalah pembangunan modal insan dengan menitikberatkan pembangunan kemahiran keusahawanan dan fokus kedua adalah memperhebatkan program kemahiran usahawan,” katanya.

Malah pembangunan usahawan juga turut memberi fokus kepada generasi kedua hingga keempat FELDA dan golongan kelainan upaya (OKU). – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 118 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: