Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KLINIK KESIHATAN CAMERON HIGHLANDS DALAM STATUS PELAN REKA BANGUNAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Projek pembinaan Klinik Kesihatan jenis 4 dengan Kuaters Kampung Raja, Cameron Highlands kini di dalam tindakan penyediaan pelan reka bentuk bangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, mesyuarat penyelarasan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diadakan bagi membentangkan analisa dan feasibility awalan terhadap keadaan dan kesesuaian tapak.

“Mesyuarat berkenaan juga mengambil kira tentang cadangan susun atur bangunan serta cadangan skop bersesuaian untuk projek bernilai kira-kira RM47.2 juta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini.

YB. Encik Chiong bertanyakan mengenai status perkembangan projek membina Klinik Kesihatan baharu di Cameron Highlands yang diumumkan dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan Malaysia tahun 2020. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 168 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: