Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan jalan ke RTK Negeri Pahang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN SEDIA PERUNTUKAN RM500,000 UNTUK PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Pahang memperuntukan sejumlah RM500,000 bagi projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) untuk pembinaan jalan asas di Rancangan Tanah Kelompok (RTK) di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, semua Pejabat Daerah dan Tanah yang terlibat boleh mengemukakan permohonan berkenaan kepada Pejabat KPLB Negeri Pahang dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Peruntukan yang disediakan bagi satu-satu projek adalah tidak melebihi RM500,000. Bagaimanapun sebarang pertimbangan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kementerian dan juga susunan keutamaan perlaksanaan projek berkenaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta pemimpin tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan jalan ke RTK Negeri Pahang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

KPLB melalui JPD menyediakan kemudahan asas jalan raya berturap dan tidak berturap di kawasan luar bandar termasuk pembinaan jalan ke RTK bagi tujuan pembinaan rumah. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 358 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error