Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN), berhubung langkah kerajaan dalam usaha pembangunan belia pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG TINGKAT PEMBANGUNAN BELIA MENERUSI INSTITUSI BERKAITAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang berusaha meningkatkan kecekapan insitusi berkaitan pembangunan belia dengan menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pembangunan sumber manusia.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, dasar latihan sumber manusia sektor awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

“Melalui teras strategik pembangunan sukan berteraskan blueprint negara bersukan pula, institusi berkaitan seperti Kompleks Belia dan Sukan serta Kompleks Rakan Muda Sukan Air diperkasa dengan menaiktaraf kemudahan sukan yang ada bagi mewujudkan ekosistem sukan yang lebih kondusif dan lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN), berhubung langkah kerajaan dalam usaha pembangunan belia pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan kepada Kompleks Belia dan Sukan Daerah Kuantan dalam memperkasa belia dan melengkapkan kemudahan bagi perkembangan golongan itu.

Melalui Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik KBS 2010-2015, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah menghasilkan graduan yang dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran hidup dan ilmu yang diperlukan bagi memenuhi pasaran pekerjaan dan 90 peratus daripadanya mempunyai faktor kebolehpasaran mendapat pekerjaan.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperkasa Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta memantapkan sistem penyampaian.

“Semua pihak dan agensi perlu terlibat dan bekerjasama berpandukan dasar kerajaan yang digubal bagi menjadikan institusi yang berkaitan dengan pembangunan belia dapat diperkasa,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 128 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download