Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang berhubung program kebajikan sosial pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SALUR RM30 JUTA UNTUK BANTU RAKYAT TERKESAN COVID-19

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang telah memperuntukkan hampir RM30 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, terlalu banyak program kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terutama ketika menghadapi penularan wabak COVID-19, baru-baru ini.

“Kebajikan ini merangkumi semua termasuklah bantuan oleh Kerajaan Negeri terhadap mereka yang terkesan akibat COVID-19 hampir RM30 juta telah pun dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang berhubung program kebajikan sosial pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 88 badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri ini turut melaksanakan kerja sosial dengan diberikan geran sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 sama ada melalui Kerajaan Negeri mahu pun JKM.

Menjawab soalan tambahan daripada ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong berhubung pusat penjagaan warga emas, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikelola oleh JKM bersama NGO setempat.

“Setiap daerah di seluruh Pahang telah mempunyai PAWE dan terbaru di daerah Lipis dan kita juga membantu rumah-rumah warga emas yang dikelolakan oleh pihak swasta,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 236 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download