Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik Leong Yu Man (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG PERTIMBANG BANTU ANAK WARGA ASING BERSTATUS WARGANEGARA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Ibu atau bapa tunggal bukan warganegara dan mempunyai anak-anak di bawah tanggungan berstatus warganegara boleh dipertimbangkan bantuan mengikut keperluan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, hanya warganegara layak menerima bantuan bulanan mengikut garis panduan sistem pengurusan kewangan bantuan bulanan persekutuan yang dikendalikan JKM.

“Namun begitu, kita di pihak kerajaan negeri masih boleh mempertimbangkan bantuan bersesuaian berdasarkan keperluan dan mengikut situasi permasalahan yang dihadapi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik Leong Yu Man (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Yb. Cik Leong bertanyakan mengenai kesediaan kerajaan negeri untuk membantu golongan ibu tunggal warga asing yang mempunyai anak warganegara dipinggirkan daripada menerima bantuan kewangan kerajaan.

Ketika menjawab soalan tambahan berkenaan bantuan one-off atau ad-hoc kepada golongan berkenaan, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza dalam jawapannya turut menambah bahawa kerajaan negeri kini sedang mengemaskini data kemiskinan di Pahang dan jika layak, ia akan dipertimbangkan. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 198 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download