Ahli Dewan Negeri Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Haji Sharif.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG LULUS PEMBERIAN DUA KOMPUTER RIBA BAGI SETIAP DEWAN NEGERI

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang meluluskan cadangan pemberian dua buah komputer riba untuk diberikan kepada pelajar di setiap Dewan Negeri (DN) di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia adalah susulan cadangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura yang meminta sumbangan komputer riba bagi membantu para pelajar yang tidak berkemampuan.

“Kita luluskan hari ini juga cadangan ADN Inderapura. Kita akan bagi satu Dewan Negeri dua buah komputer riba. Anggaran keseluruhan kos bagi tujuan ini adalah kira-kira RM63,000 iaitu mengambil kira kesemua 42 DUN yang ada,” katanya.

Sebelum itu, dalam perbahasan Belanjawan 2021 Negeri Pahang, ADN Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Haji Sharif memohon sumbangan ini diberikan kepada para pelajar universiti yang berada pada tahun pertama.

“Saya cadangkan melalui wakil rakyat atau penyelaras untuk sumbang kepada rakyat komputer riba ini kepada pelajar-pelajar universiti tahun pertama sahaja.

“Terutamanya kepada pelajar di dalam kategori B40 yang sangat memerlukannya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 845 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download