Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahan, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik Leong Yu Man (DAP), berhubung kes denggi di daerah Bera pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG GALAK KERJASAMA PENDUDUK SETEMPAT PERANGI DENGGI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menggalakkan kerjasama masyarakat setempat dalam usaha membasmi peningkatan kes demam denggi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahan, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menganjurkan pelbagai program dan gotong-royong bagi mengatasi peningkatan kes denggi di seluruh Pahang namun tidak mendapat sambutan yang baik daripada penduduk.

“Apabila kita bahagikan jumlah kehadiran penduduk berbanding dengan bilangan petugas kesihatan, jumlah yang mewakili penduduk hanyalah sedikit pada setiap gotong-royong yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik Leong Yu Man (DAP), berhubung kes denggi di daerah Bera pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat lima daerah yang menunjukkan peningkatan kes iaitu di daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Lipis dan Maran.

“Kuantan mempunyai kes demam denggi yang tinggi berbanding daerah lain dengan 2,620 kes dilaporkan dan ini merupakan suatu perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKN bersama agensi lain sering memberi penekanan terhadap pendidikan, penguatkuasaan selain daripada rawatan perubatan semata-mata.

Pelbagai usaha dilakukan termasuklah sembura kabus ke beberapa lokasi khusus di daerah Kuantan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 120 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: